Potret, Landskap dan Abstrak

Watak berwarna-warni diabadikan sebagai potret; landskap dan tempat yang indah; serta tafsiran abstrak yang menarik merangkul kegemilangan masa lalu dan masa kini, melakar hari esok dengan melihat ke hadapan. Melalui Potret, Landskap dan Abstrak, ekspresi pemodenan Malaysia melalui seni diwakili oleh pilihan karya seni dari tahun 1960-an hingga 2010-an yang dipamerkan dalam Bilik Kaca yang turut melambangkan pembangunan dalam landskap seni bina Malaysia.

Muzik latar orkestra bertajuk Seri Mersing dipersembahkan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra, digubah oleh Abu Kassim dan disusun oleh Ahmad Muriz Che Rose.

Nota: Sebarang paparan karya seni tiga dimensi dan foto di sini adalah untuk tujuan ilustrasi dan rujukan sahaja dan mungkin tertakluk kepada perubahan atau semakan lanjut tanpa notis. Untuk tujuan pengalaman maya, langkah berhati-hati telah diambil untuk mencipta semula karya seni terpilih secara digital. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh keterbatasan teknologi dan media unjuran, proses tersebut mungkin telah mengurangkan keserupaan karya seni sebenar.