Mengenai Galeri

Pameran Maya 4:
Harmoni dan Kontras: Menghargai Masa Lalu. Meraikan Masa Kini, Membina Masa Depan yang Gemilang

Kami berharap Galeri Khazanah akan menjadi platform untuk menghargai bakat seni Malaysia dan untuk memupuk komuniti yang berdaya untuk manfaat rakyat Malaysia.

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dengan sukacitanya mempersembahkan galeri seni maya kami, yang diberi nama Galeri Khazanah. Kami gembira untuk berkongsi dengan semua rakyat Malaysia serta pengunjung dari seluruh dunia, karya seni yang dihasilkan oleh penggiat seni Malaysia, menganyam kisah dan naratif yang indah. Karya seni dalam simpanan kami diperoleh secara beransur-ansur sejak penubuhan kami Khazanah pada tahun 1994, dan koleksi tersebut tersemat rapi dalam lipatan memori institusi negara. selanjutnya…

Bersama syarikat korporat lain yang turut memelihara aset budaya negara untuk tatapan generasi akan datang, Galeri Khazanah bertujuan untuk memelihara dan memulihara permata seni negara yang tidak ternilai dan turut memberi peluang kepada masyarakat antarabangsa gambaran sekilas pandang tentang warisan budaya kita melalui perspektif seniman dan seniwati Malaysia.

Melalui platform digital ini, Galeri Khazanah berusaha untuk menyediakan kebolehcapaian pengetahuan di tengah-tengah anjakan demografi global dan memupuk penghargaan warisan melalui pendigitalan karya seni. Ini termasuk proses pengambilan inventori karya seni fizikal, mengimbas dan menyimpan data-data karya seni sebelum mempamerkannya dalam pameran bertema.

Kami berharap Galeri Khazanah akan menjadi platform untuk menghargai bakat seni Malaysia dan untuk memupuk komuniti yang berdaya untuk manfaat rakyat Malaysia.

Di Khazanah, kerja yang kami lakukan menyentuh kehidupan pelbagai pihak. Sekian lama, kami telah menenun bebenang ke dalam fabrik sosial Malaysia yang kaya yang seterusnya menyumbang ke arah pembangunan negara kita ini.

Sebagai sebahagian daripada strategi untuk Memajukan Malaysia, kami berhasrat untuk membina kapasiti dan memacu komuniti yang bertenaga untuk manfaat rakyat Malaysia, dan kami berbangga menjadi penyokong aktif untuk pemeliharaan, penghargaan dan pengiktirafan seni, warisan dan budaya tempatan.

Ini dicerminkan dalam usaha kami dalam meningkatkan bakat dengan menyediakan peluang untuk artis-artis Malaysia yang baru muncul melalui Khazanah Arts Residency, serta pelbagai inisiatif seni, warisan dan ruang awam melalui yayasan kami, Yayasan Hasanah.

Bersama-sama kita menyokong pemuliharaan warisan seni dan budaya kita dalam Memajukan Malaysia di mata dunia.


Kata Aluan oleh
Pengarah Urusan

Galeri Khazanah bertujuan menawarkan khalayak ramai, baik dalam kalangan rakyat tempatan mahupun luar negara, sekilas pandang warisan budaya kita melalui perspektif artis tempatan dan antarabangsa. Menerusi kedudukan unik kami sebagai wakil Malaysia dalam pasaran global, kami berharap galeri seni maya ini akan memberi impak dengan mengimarahkan warisan negara serta mengongsikan kisah masyarakat majmuk kita di persada dunia

Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir
Pengarah Urusan
Khazanah Nasional Berhad


Sekian lama, Khazanah telah mengumpul karya-karya budaya yang cukup bermakna seperti lakaran, lukisan, foto, arca, kraf dan serta objek yang tersemat rapi dalam lipatan sejarah negara – untuk memelihara dan memulihara artifak yang tidak ternilai ini untuk tatapan generasi akan datang.

Galeri seni maya Galeri Khazanah telah dilancarkan pada bulan Julai 2022 dengan pameran seni maya yang julung kali diadakan bertajuk Sejenak Bersama: Kembara Seni Merentasi Koleksi Khazanah Nasional Berhad. Ia merupakan suatu detik penerokaan bagi khalayak ramai untuk merungkai naratif indah seni Malaysia dalam koleksi Khazanah, sama ada melalui siri perkongsian oleh para penggiat seni atau bengkel pendidikan seni yang direka khas untuk kanak-kanak.

Antara bulan Julai 2022 dan September 2024, Galeri Khazanah telah menghasilkan empat edisi pameran maya yang mengetengahkan lebih 200 karya seni oleh 74 artis Malaysia.

Tahun ini, Khazanah menyambut 30 tahun Memajukan Malaysia. Kami berbesar hati untuk berkongsi koleksi 46 buah karya seni daripada pameran terbaharu kami, Harmoni dan Kontras: Menghormati Masa Lalu, Meraikan Masa Ini, Membina Masa Hadapan yang Gemilang (April 2024 hingga September 2024).

Kesemua 46 buah karya seni ini memberikan naratif visual tentang kemajuan Malaysia sejak tahun 1994, iaitu tahun yang sama Khazanah mula beroperasi. Kami telah memilih karya-karya daripada Zakaria Ali, Soraya Yusof Talismail, Hari Ho, Abdul Multhalib Musa, SC Shekar dan ramai lagi dengan teliti untuk mencerminkan kemajuan negara melalui pelbagai fasa pembangunan dan, yang paling penting, untuk memberikan pandangan yang berbeza tentang cara rakyat Malaysia memahami diri sendiri dan juga sesama sendiri sepanjang perjalanan ini. Untuk memastikan koleksi ini boleh diakses secara global, kami terus mempamerkannya di platform maya kami, Galeri Khazanah.

Galeri Khazanah bertujuan menawarkan khalayak ramai, baik dalam kalangan rakyat tempatan mahupun luar negara, sekilas pandang warisan budaya kita melalui perspektif artis tempatan dan antarabangsa. Menerusi kedudukan unik kami sebagai wakil Malaysia dalam pasaran global, kami berharap galeri seni maya ini akan memberi impak dalam perkongsian warisan budaya serta kisah indah masyarakat majmuk kita di persada dunia.

Harapan ini selaras dengan strategi jangka panjang kami untuk Memajukan Malaysia, dengan menerapkan nilai patriotik yang lebih mendalam melalui pemeliharaan sejarah, seni, budaya dan warisan. Kami akan terus berusaha menggerakkan negara ini ke hadapan dan menyumbang untuk kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda meluangkan masa untuk menerokai koleksi karya seni Khazanah yang dihasilkan oleh para penggiat seni yang berbakat besar, dan dipamerkan dalam ruang maya yang direka khas untuk anda.

Saya berharap anda akan menikmati pameran maya yang dipilih susun oleh kami seperti mana kami telah sama-sama menikmati pemilihannya untuk anda.

Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir
Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad