Ruang ini mengetengahkan artis melalui penggambaran kemajmukan budaya, ulasan sosial, dan kepekaan rakyat, menyerlahkan kehidupan seharian sebagai pentas identiti. Menerusi tekstil, lakaran, lukisan dan arca, karya-karya ini meraikan realiti kehidupan di Malaysia yang berlapis-lapis. Ia mengingatkan kita bahawa identiti kebangsaan bukan sesuatu yang statik atau tunggal, tetapi digubal setiap hari melalui cerita yang dikisahkan, adat yang dipelihara, dan kehidupan yang dijalani—di mana rasa bangga terhadap warisan kita merupakan suatu amalan yang hidup dan berterusan.
Nota: Sebarang paparan karya seni tiga dimensi dan foto di sini adalah untuk tujuan ilustrasi dan rujukan sahaja dan mungkin tertakluk kepada perubahan atau semakan lanjut tanpa notis. Untuk tujuan pengalaman maya, langkah berhati-hati telah diambil untuk mencipta semula karya seni terpilih secara digital. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh keterbatasan teknologi dan media unjuran, proses tersebut mungkin telah mengurangkan keserupaan karya seni sebenar.