Kisah Malaysia

Kisah Malaysia dibentuk melalui perspektif yang pelbagai oleh lapan artis kontemporari Malaysia daripada flora dan fauna; ulasan sosio-politik; sejarah hingga ke masyarakat semasa. Karya-karya seni mereka yang merangsang pemikiran menawarkan lensa persepsi terhadap realiti Malaysia kontemporari.

Karya-karya seni tersebut dipamerkan di dalam ruang bertema Pavilion yang diilhamkan oleh seni bina modenisme awal Malaysia yang diselitkan dengan gaya Islam melalui karya Masjid Negara dan Dewan Parlimen pada tahun 1960-an.

Dipersembahkan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra, karya orkestra Lenggang Mak Limah digubah oleh Abu Kassim dan disusun oleh Ahmad Muriz Che Rose.

Nota: Sebarang paparan karya seni tiga dimensi dan foto di sini adalah untuk tujuan ilustrasi dan rujukan sahaja dan mungkin tertakluk kepada perubahan atau semakan lanjut tanpa notis. Untuk tujuan pengalaman maya, langkah berhati-hati telah diambil untuk mencipta semula karya seni terpilih secara digital. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh keterbatasan teknologi dan media unjuran, proses tersebut mungkin telah mengurangkan keserupaan karya seni sebenar.