Melalui Kaca Pandang

Sentiasa berfikir di luar kotak, artis-artis Malaysia daripada generasi berbeza telah menghasilkan karya-karya seni yang luar biasa yang menceritakan kisah zaman mereka. Dalam menempa masa depan baharu untuk Malaysia, kegemilangan masa lampau dikenang dan detik masa kini mencatatkan hari esok dengan melihat ke hadapan.

Melalui Kaca Pandang merupakan ekspresi pemodenan seni Malaysia yang diwakili oleh pilihan karya-karya seni dari tahun 1960-an hingga 2010-an yang dipamerkan di dalam Bilik Kaca yang turut melambangkan pembangunan dalam landskap seni bina Malaysia.

Muzik latar orkestra bertajuk Lenggang Mak Limah dipersembahkan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra, gubahan Abu Kassim dan gubahan Ahmad Muriz Che Rose.

Nota: Sebarang paparan karya seni tiga dimensi dan foto di sini adalah untuk tujuan ilustrasi dan rujukan sahaja dan mungkin tertakluk kepada perubahan atau semakan lanjut tanpa notis. Untuk tujuan pengalaman maya, langkah berhati-hati telah diambil untuk mencipta semula karya seni terpilih secara digital. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh keterbatasan teknologi dan media unjuran, proses tersebut mungkin telah mengurangkan keserupaan karya seni sebenar.