Chang Yoong Chia

(b. 1975, Kuala Lumpur)

Chang Yoong Chia merupakan seorang artis kontemporari yang amalannya memfokuskan kepada kepentingan bahan dan kaedah aplikasi dan cara penyampaian. Gerak kerja yang berulang-ulang dalam mengaplikasikan medium seperti kolaj setem pos untuk meghasilkan karya berkualiti seperti lukisan tanpa cat mewujudkan perspektif baru dalam melihat karya seninya dalam siri yang berjudul The World is Flat. Berdasarkan konteks sejarah dengan naratif intim, karya Chang menyelidiki hubungan peribadi dengan dunia luar, disampaikan melalui pelbagai ekspresi seperti karya kolaj, sulaman, arca, instalasi dan lukisan. Chang mengadakan pameran tunggal tinjauan pertengahan kerjaya bertajuk Second Life yang mempamerkan 130 karya seni yang dihasilkan dalam tempoh 20 tahun kerjayanya di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada tahun 2018.

Lihat di Galeri Maya