Warisan Budaya

Mata pencarian dan aktiviti harian di luar bandar Malaysia digambarkan dengan elegan melalui lukisan cat minyak dan batik di dalam ruang ini. Menampilkan karya seni Malaysia yang merakamkan estetika tempatan serta kecenderungan sosial dan rohani, ia sepadan dengan tema tradisional yang penting kepada naratif Malaysia.

Dipamerkan di dalam rumah kayu tradisional, karya-karya seni tersebut mewujudkan rasa mendalam tentang warisan budaya tempatan dan identiti umum Kepulauan Melayu.

Muzik latar orkestra bertajuk Lenggang Mak Limah dipersembahkan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra, gubahan Abu Kassim dan gubahan Ahmad Muriz Che Rose.

Nota: Sebarang paparan karya seni tiga dimensi dan foto di sini adalah untuk tujuan ilustrasi dan rujukan sahaja dan mungkin tertakluk kepada perubahan atau semakan lanjut tanpa notis. Untuk tujuan pengalaman maya, langkah berhati-hati telah diambil untuk mencipta semula karya seni terpilih secara digital. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh keterbatasan teknologi dan media unjuran, proses tersebut mungkin telah mengurangkan keserupaan karya seni sebenar.