Harmoni dan Imaginasi

Dihiasi dengan karya seni yang digambarkan dalam warna hijau dan ungu, ruang ini menampilkan lukisan landskap, abstrak, dan still-life yang memancarkan rasa harmoni, merangsang imaginasi seseorang. Warna hijau melambangkan kehidupan dan dihubungkaitkan dengan alam semula jadi, pertumbuhan dan kemakmuran, manakala warna ungu mewakili kerohanian dan imaginasi yang mencetuskan kebijaksanaan. Karya-karya seni ini ditempatkan di lobi maya, yang diilhamkan oleh batu travertine yang menghiasi ibu pejabat Khazanah Nasional sekarang.

Dipersembahkan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra, karya orkestra Seri Mersing digubah oleh Pak Lomak dan disusun oleh Ahmad Muriz Che Rose.

Nota: Sebarang paparan karya seni tiga dimensi dan foto di sini adalah untuk tujuan ilustrasi dan rujukan sahaja dan mungkin tertakluk kepada perubahan atau semakan lanjut tanpa notis. Untuk tujuan pengalaman maya, langkah berhati-hati telah diambil untuk mencipta semula karya seni terpilih secara digital. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh keterbatasan teknologi dan media unjuran, proses tersebut mungkin telah mengurangkan keserupaan karya seni sebenar.