September 2023 – Februari 2024

Merangkul Keindahan Nurani

Luahan Imaginasi

Mengenai
Pameran
Seni Maya

Pameran seni maya ketiga Galeri Khazanah, Merangkul Keindahan Nurani: Luahan Imaginasi mengetengahkan tema kemanusiaan yang meraikan masyarakat, budaya, landskap, flora dan fauna. Karya seni yang dipilih menyampaikan naratif unik dan positif yang menggalakkan pandangan optimis terhadap kehidupan yang diperhatikan oleh para karyawan.

Melalui naratif visual yang menarik, karya seni mengekspresikan tema manusia dan tempat; identiti dan tanah; hal ehwal sosial dan budaya, nilai alam sekitar; dan renungan falsafah dalam tafsiran yang bermakna.

Antara artis yang ditampilkan dalam Merangkul Keindahan Nurani: Luahan Imaginasi ialah Ismail Zain; Kok Yew Puah; Long Thien Shih; Mad Anuar Ismail; Mustapa Ibrahim; Nadiah Bamadhaj; Dr Zakaria Ali; Zaharuddin Sarbini; dan banyak lagi.

Turut diketengahkan ialah karya seni yang menggugah pemikiran dan berkonsepkan oleh penerima Khazanah Residency Programme terpilih iaitu Izat Arif, Joshua Kane Gomes, Mark Tan, Tomi Heri, Winnie Cheng, Yeoh Choo Kuan dan Zulkifli Lee.

Dikurasi oleh perunding seni Malaysia Sarah Abu Bakar dan direka oleh firma seni bina Malaysia Fei Architect, dan difoto oleh Wesley Wong dari Giclee Art Sdn Bhd, Galeri Khazanah terdiri daripada lima ruang realiti maya bertema Bilik Kaca, Pavilion, Peranakan, Rumah Tradisional dan Lobi.

Konsep reka bentuk tersebut berpaksikan dalam tema identiti nasional bagi melengkapkan pendekatan kuratorial asal iaitu untuk meraikan Malaysia.

Pengasas dan pengetua Fei Architect, Ar. Lam Shen Fei, yang mengambil bahagian dalam Khazanah Design Residency 2019, menyifatkan tujuan reka bentuk sebagai “…melihat semula seni bina, dalaman dan landskap untuk menggambarkan gaya seni bina Malaysia, sambil mengambil kira bahawa galeri dalam talian akan diakses oleh warga asing, ahli akademik, peminat seni dan pelajar. Gaya sedemikian adalah penting untuk mencipta naratif yang memberikan kesan semasa lawatan maya. Niat ini mengubah latar belakang ruang kosong putih di mana-mana galeri seni Barat.”

Projek ini juga adalah untuk mengenang ahli pasukan utama, Allahyarham Mohd Suhaimi Ahmad seorang penasihat seni independen dan kolektor seni yang telah pulang ke Rahmatullah pada bulan November 2021.