Polisi Privasi

Polisi Perlindungan Data Peribadi
Privasi Anda

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) komited untuk melindungi privasi anda dan akan mengambil langkah-langkah yang berkaitan untuk melindungi maklumat peribadi anda. Polisi Perlindungan Data Peribadi (Polisi) menetapkan bagaimana kami menggunakan dan melindungi maklumat yang anda berikan kepada kami.

Persetujuan Anda

Dengan memberi kami maklumat peribadi anda, anda memberi persetujuan untuk kami mengumpul, menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda.

Jika anda ingin memohon jawatan di Khazanah, sila hantarkan permohonan pekerjaan dan/ atau resume anda di sini. Kami tidak menerima permohonan atau resume pekerjaan dengan cara yang lain.

Kategori Data Peribadi

Kami, atau pembekal perkhidmatan yang terlibat, boleh mengumpul dan memproses data peribadi termasuk data dalam kategori berikut:

  • Nama
  • Maklumat perhubungan peribadi, perniagaan, dan kecemasan (termasuk alamat rumah, alamat e-mel, nombor telefon, jantina, status perkahwinan);
  • Tarikh lahir;
  • Tandatangan;
  • Maklumat akaun bank;
  • Nombor kad pengenalan atau passport (atau nombor pengenalan lain yang bersesuaian);
  • Kewarganegaraan dan tempat kelahiran; dan
  • Data peribadi lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk operasi perniagaan kami termasuk perancangan dan pengurusan.
Bagaimana Kami Mengumpul Data Anda

Kami boleh mengumpul dan memproses data peribadi anda dalam beberapa cara:

  • Kami boleh memproses maklumat yang anda berikan dengan mengisi borang (sama ada elektronik atau sebaliknya). Ini termasuk maklumat yang disediakan pada masa membalas sebarang permintaan maklumat dari kami.
  • Kami boleh memproses maklumat yang anda berikan kepada kami termasuk sebagai sebahagian daripada hubungan perniagaan atau kontrak.
  • Jika anda menghubungi kami, kami boleh menyimpan rekod berkenaan.
  • Kami boleh memproses butiran kunjungan anda ke laman web kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada, data lalu lintas, data lokasi, weblog dan data komunikasi lain, serta sumber pengaksesan anda.
  • Kami juga boleh mengumpul data dari sumber pihak ketiga dan pangkalan data awam.
Tujuan Memproses Dan Penggunaan Maklumat

Kami menggunakan maklumat anda dengan cara berikut:

  • Untuk memberikan anda maklumat yang diperlukan atau yang mungkin akan menarik minat anda, termasuk maklumat mengenai majlis berkaitan rangkaian sosial dan pemegang berkepentingan yang dianjurkan oleh Khazanah atau mana-mana syarikat pelaburan atau syarikat yang berkaitan.
  • Untuk melaksanakan tanggungjawab kami yang timbul daripada sebarang kontrak yang dibuat antara anda dan Khazanah atau syarikat berkaitan.
  • Untuk menilai kesesuaian anda untuk memberikan perkhidmatan yang bersesuaian kepada Khazanah atau mana-mana syarikat pelaburan atau syarikat berkaitan Khazanah.
  • Untuk mematuhi tanggungjawab kami dan sebarang permintaan yang diterima mengenai latar belakang dan pemeriksaan keselamatan.
  • Untuk menyediakan perlindungan insurans perubatan di mana ada pertalian dengan pekerja syarikat kami.
  • Menyediakan dan melaksanakan dokumen rasmi.
  • Memproses bayaran dan mematuhi obligasi perakaunan dan cukai kami.
  • Untuk tujuan pentadbiran.
  • Untuk tujuan komunikasi.
  • Untuk mematuhi tanggungjawab kami mengenai keselamatan dan akses dalam Khazanah atau syarikat berkaitan kami.
  • Untuk menyiasat aduan dan mengesyaki transaksi mencurigakan.
  • Untuk memastikan kandungan daripada laman web kami dipaparkan dengan cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer anda.

Maklumat anda penting bagi kami. Jika anda tidak memberikan semua data peribadi yang kami perlukan, kami mungkin tidak dapat memenuhi semua atau semua fungsi yang dinyatakan di atas, atau dalam kes tertentu, mungkin tidak dapat meneruskan perhubungan.

Sila ambil perhatian bahawa senarai tentang cara kami menggunakan data peribadi anda di atas tidak menyeluruh.

Penzahiran Maklumat Peribadi Anda

Khazanah boleh menzahirkan data peribadi anda kepada pihak berikut (termasuk yang berada di luar negara):

  • Ejen dan pembekal perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan menggunakan data peribadi yang dikumpulkan termasuk perkhidmatan pemprosesan data;
  • Mana-mana individu yang manjalankan tugas di bawah akujanji kerahsiaan yang telah memberi komitmen untuk memastikan data tersebut dirahsiakan; dan
  • Syarikat-syarikat bersekutu dan afiliasi yang berkaitan dengan Khazanah.

Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan Khazanah tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan mendedahkan data peribadi anda jika diperlukan oleh undang-undang atau secara suci hati, jika tindakan itu perlu untuk mematuhi keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang.

Akses dan Pengemaskinian Maklumat Peribadi Anda

Jika anda ingin mengakses, mengemas kini atau membetulkan maklumat peribadi anda, anda boleh menekan butang ini untuk akses atau di sini untuk pembetulan atau hubungi Pegawai Data Peribadi kami di

Perubahan Kepada Polisi Ini

Khazanah boleh menyemak semula dan mengubah Polisi ini dari semasa ke semasa untuk mengambilkira perubahan undang-undang, amalan, proses atau struktur perniagaan kami. Walaupun secara umumnya, kami tidak boleh memberitahu anda mengenai perubahan kepada Polisi ini, versi terkini Polisi ini akan tersedia di laman web kami. Polisi ini bukan kontrak dan bukan membayangkan sebarang obligasi kami terhadap pihak lain.

Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia pada notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.