Raja Shahriman Raja Aziddin

b. Perak, 1967

Terkenal dengan kerja logamnya yang dinamik, Raja Shahriman Raja Aziddin Raja mahir mengubah besi buruk menjadi bentuk yang berkualiti tinggi. Beliau mengambil jurusan Arca di Universiti Teknologi Mara (1987 – 1989) dan mengajar seketika di Malaysian Institute of Art, Kuala Lumpur. Pada tahun 1994, beliau pulang ke kampung halaman untuk mempelajari seni pembuatan keris. Karya besi Raja Shahriman menjangkau dua dekad dan merangkumi pelbagai siri – “Killing Tools” (1994), “Gerak Tempur” (1996), “Gerak Tempur Peraliban” (1997), “Api, Bayangan dan Kemenyan” (1998), “Semangat Besi ” (2001), “Nafas” (2004) dan “Langkah Hulubalang” (2006). Beliau menerima “Minor Award” di Salon Malaysia pada tahun 1991 dan Anugerah Industri Kebudayaan Asia Pasifik pada tahun 2009. Beliau telah mengadakan pameran solo di Galeri Petronas dan Balai Seni Lukis Negara Malaysia.

Lihat di Galeri Maya