Mohd Fazli Othman

b. Kedah, 1982

Mohd Fazli Othman merupakan seorang ahli akademik dan seniman. Beliau mengajar seni halus di almamaternya, Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan pada masa yang sama menghasilkan karya seni. Karya beliau mencerminkan tema sosio-politik, isu propaganda dan kawalan, cara hidup Malaysia, hubungan masyarakat dengan dunia, dan tanggungjawab kita terhadap jejak ekologi kita.

Beliau memperoleh diploma dalam bidang Seni Halus pada tahun 2003 di UiTM, Seri Iskandar Perak. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Seni Halus di UiTM Shah Alam dan berkelulusan Sarjana Muda Seni Halus pada tahun 2005 dan Sarjana Seni Halus pada tahun 2011. Beliau kini merupakan pensyarah Seni Halus di Fakulti Lukisan dan Reka Bentuk, UiTM, Shah Alam. Beliau juga aktif menyertai pameran di dalam dan luar negara sejak 2004, antaranya “Pameran Seni Kontemporari Malaysia”, Balai Seni Lukis Negara Bangladesh, “Animalia – 4 Man Show”, Galeri Pelita Hati Kuala Lumpur, “Reflection / Projection of Content”, Yogyakarta Indonesia , “Four Corners” (Four-Man Show) di HOM Art Trans Kuala Lumpur dan banyak lagi. Beliau turut menyertai pertandingan Bakat Muda Sezaman 2016, anjuran Balai Seni Lukis Negara, dengan lukisan monumental, “Selamat Datang Ke Pesta Pisang Di Kampung Batang Pisang”.

Lihat di Galeri Maya