Zaharuddin Sarbini

(b. Selangor, 1966)

Zaharuddin Sarbini merupakan seorang artis yang belajar melukis sendiri dan lulusan Kejuruteraan Aeronautik dari Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Gurney, Kuala Lumpur, pada tahun 1987. Lukisan realistik beliau menyerlahkan keindahan alam, khususnya imej buah-buahan tropika yang enak di atas pokok. Beliau berkarya dari studio Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay. Pameran solo beliau yang lalu termasuk “Indah 2”, anjuran City Art Gallery, Kuala Lumpur, pada tahun 2013 dan pameran di Balai Berita, The News Straits Times Press, Kuala Lumpur. Beliau telah mengambil bahagian dalam banyak pameran kumpulan tempatan sejak tahun 1996.

Lihat di Galeri Maya