Mad Anuar Ismail

(b. Terengganu, 1952)

Mad Anuar Ismail dilahirkan pada tahun 1952 di Dungun, Terengganu. Beliau merupakan seorang ahli kumpulan Anak Alam pada tahun 1970-an. Arca dan pemasangan berskala besarnya yang diperbuat daripada kayu dan besi meneroka perspektif baharu dalam bahasa visual yang unik sambil mengangkat falsafah estetik tradisional. Beliau belajar di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam dan menerima ijazah sarjana muda dalam bidang seni halus pada tahun 1977. Portfolio beliau juga merangkumi banyak projek awam terkemuka, termasuk mereka bentuk semula Monumen Pahlawan Negeri Perak dan mereka bentuk pintu Masjid Pekan di Pahang. Beliau telah menyertai pelbagai pameran di dalam dan luar negara. Pada tahun 2017, pameran sulungnya bertajuk “Getaran”, anjuran Fergana Art, telah diadakan di White Box, Publika, di Kula Lumpur.

Lihat di Galeri Maya