Nadiah Bamadhaj

(b. Selangor, 1968)

Nadiah Bamadhaj menetap di Yogyakarta, Indonesia. Dilatih sebagai pengukir di New Zealand di Sekolah Seni Halus Canterbury, beliau mencipta lukisan kolaj, seni arca, pemasangan “site-specific”, video digital dan cetakan. Beliau telah berpengalaman sebagai seorang pensyarah dalam seni halus di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menulis beberapa artikel dan penerbitan mengenai hak asasi manusia di Malaysia dan Indonesia. Beliau merupakan penerima geran Asian Public Intellectual Fellowship Yayasan Nippon pada tahun 2002 dan 2004; Indonesian Directorate General of Culture dan Arts Council of New Zealand pada tahun 2022. Beliau kini menganggotai lembaga Yayasan Kebaya, pusat perlindungan gelandangan HIV/AIDS di Yogyakarta. Pada tahun 2019, buku tinjauan 18 tahun karya seninya “Nadiah Bamadhaj” telah diterbitkan oleh SKIRA yang berpangkalan di Itali, dan baru-baru ini dipaparkan dalam Vitamin D3: Today’s Best in Contemporary Drawing yang diterbitkan oleh PHAIDON di London. Karya seninya kini memfokuskan kepada selok-belok kehidupan sosial dalam masyarakat Indonesia. Pada tahun 2022, beliau mempersembahkan pameran solonya Mengamankan Ekspektasi, di bawah A+ Works of Art di Art Jakarta, Pusat Konvensyen Jakarta, Indonesia.

Gambar Ihsan: A+ Works of Arts dan Artis

Lihat di Galeri Maya