(b. Pahang, 1968)
Munif Muhammad Nor mula berkecimpung secara serius dalam bidang seni luksi pada awal tahun 1986. Beliau tidak pernah menerima pendidikan seni lukis secara formal dan belajar seni lukis dari rakan-rakan yang lebih senior serta buku-buku yang dibeli atau dipinjam dari perpustakaan. Selama lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang senilukis, beliau telah mempamerkan karya-karyanya di galeri-galeri seni Malaysia.
Beliau sangat meminati aliran impressionis dan realis. Antara tokoh dunia senilukis yang diminati ialah Van Gogh, Monet, Velazquez dan Micheangelo; dan beliau juga menjadikan tokoh aliran seni lukis tanahair sebagai mentor seperti Datuk Ibrahim Hussein, Dato’ Syed Ahmad Jamal, Redza Piyadasa dan Amron Omar.