Mohd Asri Mat Yaman

(b. Kelantan, 1965)

Mohd Asri Mat Yaman merupakan seorang seniman batik yang juga pengusaha batik yang dikenali sebagai Batik Puyie yang bertapak di Kelantan. Kepelbagaian reka bentuknya yang indah dan penggunaan batik canting yang rumit menjadikannya salah seorang pelukis batik yang diiktiraf dalam persada seni batik. Beliau juga menghasilkan batik semutar dengan motif yang sesuai dengan tradisi masyarakat Kelantan seperti rebana ubi, wau, keris dan bunga. Pada tahun 2016, karya beliau telah dipamerkan dalam pameran Batik: Expression of Identities di Chinese Cultural Centre Museum di Vancouver, Kanada.

Lihat di Galeri Maya