Johan Marjonid

(b. Johor, 1968)

Johan Marjonid yang juga lebih dikenali sebagai JohMar merupakan salah seorang artis Malaysia yang paling mapan dengan lukisan hutan hujan gaya realistiknya. Dilahirkan di Ayer Baloi, Pontian di Johor, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Institut Teknologi MARA, Shah Alam pada tahun 1992. Sebagai artis sepenuh masa, Johan Marjonid telah menyempurnakan seni realisme – membawa penontonnya menyelami karyanya yang membangkitkan perasaan tenang dan kengerian apabila jauh di dalam hutan – melalui lukisannya yang berskala sederhana hingga besar.

Lihat di Galeri Maya