Ahmad Fuad Osman

(b. Kedah, 1969)

Sejak menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Institut Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1991, Ahmad Fuad Osman telah melibatkan diri dalam industri perfileman dan teater Malaysia, sekali gus mempengaruhi peralihan amalan seninya daripada melukis kepada karya pelbagai disiplin yang merangkumi seni pemasangan, arca, cetakan dan video. Tema sosio-politik telah lama menjadi perhatian utama ketika beliau meneroka subjek yang terdiri daripada politik identiti, penyalahgunaan kuasa dan ‘amnesia sejarah’. Menggunakan gabungan kecerdasan dan falsafah yang kuat, mesej dalam karya seninya disampaikan kepada setiap lapisan masyarakat mengenai subjek yang mencabar.

Ahmad Fuad Osman telah membuat pameran di peringkat antarabangsa termasuk Blackout di Kunsthal Rotterdam 2019; Sharjah Biennale Leaving the Echo Chamber (2019); Singapore Biennale: An Atlas of Mirrors (2016); Multiple Languages di Galeri Silverlens, Filipina (2014); dan Welcome to the Jungle: Contemporary Art in Southeast Asia, Yokohama Museum of Art, Jepun (2013).

Beliau juga pernah menyertai residensi seperti di Vermont Studio Centre, Amerika Syarikat (2004), Goyang National Art Studio, Korea Selatan (2005 – 2006) dan Rimbun Dahan, Malaysia (2007 – 2008). Beliau membentangkan pameran pertengahan kerjaya bertajuk At the end of the day even art is not important: 1990-2019 di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada tahun 2019.

Gambar Ihsan: A+ Works of Arts dan Artis

Lihat di Galeri Maya