Redza Piyadasa

(b. Pahang, 1939 – d. Selangor, 2007)

Redza Piyadasa dilahirkan pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang. Seorang artis berkarisma dan perintis dalam seni konseptual di Malaysia, beliau terkenal dengan pameran penting bertajuk “Towards A Mystical Reality” pada tahun 1974 bersama Sulaiman Esa. Pameran bersejarah itu memberi paradigma baharu dalam sejarah seni lukis Malaysia. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, kritikan seni, penulisan seni dan bidang kurasi amat dihargai. Beliau meninggal dunia pada 2007 dan meninggalkan legasi besar dalam bidang seni rupa Malaysia. Karya “Siri Malaysia” beliau menyampaikan ingatan masyarakat dan intipatinya untuk mencerminkan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia. Gaya Warholian digunakan dengan campuran cetakan skrin sutera dan tampalan kolaj serta warna-warna pastel yang terang beridiom Pop Art.

Lihat di Galeri Maya