M. Zain Idris

(b. Terengganu, 1939 – d. 2000)

Mohamed Zain bin Idris dilahirkan di Kampung Nail, Besut, Terengganu pada tahun 1939. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Kuala Besut, Terengganu dari 1947 hingga 1954. Seorang pelukis ‘self-taught’, M. Zain cemerlang dalam teknik cat air yang menggambarkan landskap nostalgia dan suasana perahu nelayan yang terdampar di persisiran pantai berpasir putih; pemandangan perkampungan nelayan yang indah dan aktiviti pertanian. Frank Sullivan mengiktiraf sumbangannya kepada perkembangan awal seni Malaysia menerusi sebuah sajak berjudul “Fisherman Artist”. M. Zain telah mempamerkan di Samat Art Gallery pada tahun 1971 dan 1972. Ia merupakan galeri seni kontemporari komersial pertama di Malaysia yang dibuka oleh Frank Sullivan pada tahun 1967. M. Zain telah diberi penghormatan sebagai Pelukis Tamu Negeri Terengganu oleh Menteri Besar Terengganu ke-10, Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad antara tahun 1991 dan 2000. Sebagai pelukis jemputan negeri, beliau menetap dan bekerja di sebuah rumah kayu dua tingkat dan galeri bernama Pelukis Tamu Negeri berhampiran Jalan Kamaruddin di Kuala Terengganu dan diberikan gaji bulanan.

Lihat di Galeri Maya