Khalil Ibrahim

(b. Kelantan, 1934 - d. Selangor, 2018)

Dilahirkan di pekan diraja Kubang Kerian di daerah Kota Bharu, Kelantan, Khalil Ibrahim mula mengikuti kelas seni di mana beliau menimba ilmu seni cat air dan teknik lukisan daripada guru seni, Nik Mahmood Idris. Khalil adalah antara beberapa artis Malaysia yang dianugerahkan biasiswa daripada negeri Pahang untuk menghadiri Central St. Martins College of Art and Design yang berprestij di London, England. Beliau bertemu bakal isterinya Judith Hürzeler di London pada tahun 1963 dan perkahwinan mereka berkekalan hingga kematiannya pada tahun 2018. Beliau mengadakan pameran solo pertamanya di Samat Art Gallery pada tahun 1968 diikuti beberapa pameran solo di Indonesia dan Singapura. Beliau mahir dalam teknik cat air di atas kertas, cat minyak dan akrilik atas kanvas, lukisan dakwat dan juga lukisan batik. Beliau berkemahiran dalam menggambarkan pelbagai perkara seperti potret, figuratif, landskap, dan abstrak.

Lihat di Galeri Maya