Azam Aris

(b. 1983, Perak)

Helmi Azam bin Tajol Aris, juga dikenali sebagai Azam Aris adalah penerima Khazanah Art Residency Programme yang pertama pada tahun 2017 di mana beliau mengembangkan amalannya sebagai seorang artis selama tiga bulan di Acme Studios di London. Azam Aris adalah seorang artis pelbagai disiplin yang menggunakan pelbagai media dan teknik seperti lukisan, sulaman, fotografi, arca, instalasi, persembahan, dan bunyi untuk menyampaikan idea-ideanya yang diilhamkan oleh pemikiran eksistensialis peribadinya. Pameran solo seminalnya bertajuk Hidden Beyond Yesterday: Azam Aris 10 Years and Now telah diadakan di HOM Art Trans, Kuala Lumpur pada tahun 2018. Beliau juga telah menyertai pelbagai pameran kumpulan seperti Silence Imagination di Galeri G13, Selangor (2019); Di antara ITU & INI anjuran Fergana Art dan telah diadakan di Balai Seni Negara (2018); Mutual Unknown, Curator’s Lab di Galeri Nasional Indonesia, Jakarta, Indonesia (2017); dan Asia Art Studio Residency Showcase di Gwangju Fine Art Gallery, Korea Selatan (2013), dan banyak lagi.

Lihat di Galeri Maya