Mengenai Galeri

Pameran Maya 3:
Merangkul Keindahan
Nurani: Luahan
Imaginasi
v

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dengan sukacitanya mempersembahkan galeri seni maya kami, yang diberi nama Galeri Khazanah. Kami gembira untuk berkongsi dengan semua rakyat Malaysia serta pengunjung dari seluruh dunia, karya seni yang dihasilkan oleh penggiat seni Malaysia, menganyam kisah dan naratif yang indah. Karya seni dalam simpanan kami diperoleh secara beransur-ansur sejak penubuhan kami Khazanah pada tahun 1994, dan koleksi tersebut tersemat rapi dalam lipatan memori institusi negara. selanjutnya…

Bersama syarikat korporat lain yang turut memelihara aset budaya negara untuk tatapan generasi akan datang, Galeri Khazanah bertujuan untuk memelihara dan memulihara permata seni negara yang tidak ternilai dan turut memberi peluang kepada masyarakat antarabangsa gambaran sekilas pandang tentang warisan budaya kita melalui perspektif seniman dan seniwati Malaysia.

Melalui platform digital ini, Galeri Khazanah berusaha untuk menyediakan kebolehcapaian pengetahuan di tengah-tengah anjakan demografi global dan memupuk penghargaan warisan melalui pendigitalan karya seni. Ini termasuk proses pengambilan inventori karya seni fizikal, mengimbas dan menyimpan data-data karya seni sebelum mempamerkannya dalam pameran bertema.

Kami berharap Galeri Khazanah akan menjadi platform untuk menghargai bakat seni Malaysia dan untuk memupuk komuniti yang berdaya untuk manfaat rakyat Malaysia.

Di Khazanah, kerja yang kami lakukan menyentuh kehidupan pelbagai pihak. Sekian lama, kami telah menenun bebenang ke dalam fabrik sosial Malaysia yang kaya yang seterusnya menyumbang ke arah pembangunan negara kita ini.

Sebagai sebahagian daripada strategi untuk Memajukan Malaysia, kami berhasrat untuk membina kapasiti dan memacu komuniti yang bertenaga untuk manfaat rakyat Malaysia, dan kami berbangga menjadi penyokong aktif untuk pemeliharaan, penghargaan dan pengiktirafan seni, warisan dan budaya tempatan.

Ini dicerminkan dalam usaha kami dalam meningkatkan bakat dengan menyediakan peluang untuk artis-artis Malaysia yang baru muncul melalui Khazanah Arts Residency, serta pelbagai inisiatif seni, warisan dan ruang awam melalui yayasan kami, Yayasan Hasanah.

Bersama-sama kita menyokong pemuliharaan warisan seni dan budaya kita dalam Memajukan Malaysia di mata dunia.


Kata Aluan oleh
Pengarah Urusan

Galeri Khazanah bertujuan menawarkan khalayak ramai, baik dalam kalangan rakyat tempatan mahupun luar negara, sekilas pandang warisan budaya kita melalui perspektif artis tempatan dan antarabangsa. Menerusi kedudukan unik kami sebagai wakil Malaysia dalam pasaran global, kami berharap galeri seni maya ini akan memberi impak dengan mengimarahkan warisan negara serta mengongsikan kisah masyarakat majmuk kita di persada dunia

Kata Aluan oleh
Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir
Pengarah Urusan
Khazanah Nasional Berhad


Sekian lama, Khazanah telah mengumpul karya budaya yang cukup bermakna seperti lakaran, lukisan, foto, arca, kraf, serta objek yang tersemat rapi dalam lipatan sejarah negara – untuk memelihara dan memulihara artifak yang tidak ternilai ini untuk tatapan generasi akan datang.

Kini, kami dengan sukacitanya kongsikan koleksi seni dalam simpanan Khazanah ini dengan orang ramai melalui Galeri Khazanah, galeri seni maya kami.

Galeri Khazanah bertujuan menawarkan khalayak ramai, baik dalam kalangan rakyat tempatan mahupun luar negara, sekilas pandang warisan budaya kita melalui perspektif artis tempatan dan antarabangsa. Menerusi kedudukan unik kami sebagai wakil Malaysia dalam pasaran global, kami berharap galeri seni maya ini akan memberi impak dengan mengimarahkan warisan negara serta mengongsikan kisah masyarakat majmuk kita di persada dunia.

Harapan ini selaras dengan pendekatan strategi jangka panjang kami untuk Memajukan Malaysia, dengan menerapkan nilai patriotik yang lebih mendalam melalui pemeliharaan sejarah, seni, budaya dan warisan. Kami akan terus berusaha ke arah menggerakkan negara ini ke hadapan dan menyumbang nilai dalam kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Saya mengalu-alukan kehadiran para pengunjung sekalian untuk meluangkan masa untuk menerokai koleksi karya seni Khazanah yang dihasilkan oleh para penggiat seni yang berbakat besar, dan dipamerkan dalam ruang maya yang direka dengan penuh teliti untuk anda sekalian.

Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir
Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad