Kami berharap Galeri Khazanah akan menjadi platform untuk menghargai bakat seni Malaysia dan untuk memupuk komuniti yang berdaya untuk manfaat rakyat Malaysia.
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dengan sukacitanya mempersembahkan galeri seni maya kami, yang diberi nama Galeri Khazanah. Kami gembira untuk berkongsi dengan semua rakyat Malaysia serta pengunjung dari seluruh dunia, karya seni yang dihasilkan oleh penggiat seni Malaysia, menganyam kisah dan naratif yang indah. Karya seni dalam simpanan kami diperoleh secara beransur-ansur sejak penubuhan kami Khazanah pada tahun 1994, dan koleksi tersebut tersemat rapi dalam lipatan memori institusi negara. selanjutnya…
Bersama syarikat korporat lain yang turut memelihara aset budaya negara untuk tatapan generasi akan datang, Galeri Khazanah bertujuan untuk memelihara dan memulihara permata seni negara yang tidak ternilai dan turut memberi peluang kepada masyarakat antarabangsa gambaran sekilas pandang tentang warisan budaya kita melalui perspektif seniman dan seniwati Malaysia.
Melalui platform digital ini, Galeri Khazanah berusaha untuk menyediakan kebolehcapaian pengetahuan di tengah-tengah anjakan demografi global dan memupuk penghargaan warisan melalui pendigitalan karya seni. Ini termasuk proses pengambilan inventori karya seni fizikal, mengimbas dan menyimpan data-data karya seni sebelum mempamerkannya dalam pameran bertema.
Kami berharap Galeri Khazanah akan menjadi platform untuk menghargai bakat seni Malaysia dan untuk memupuk komuniti yang berdaya untuk manfaat rakyat Malaysia.
Di Khazanah, kerja yang kami lakukan menyentuh kehidupan pelbagai pihak. Sekian lama, kami telah menenun bebenang ke dalam fabrik sosial Malaysia yang kaya yang seterusnya menyumbang ke arah pembangunan negara kita ini.
Sebagai sebahagian daripada strategi untuk Memajukan Malaysia, kami berhasrat untuk membina kapasiti dan memacu komuniti yang bertenaga untuk manfaat rakyat Malaysia, dan kami berbangga menjadi penyokong aktif untuk pemeliharaan, penghargaan dan pengiktirafan seni, warisan dan budaya tempatan.
Ini dicerminkan dalam usaha kami dalam meningkatkan bakat dengan menyediakan peluang untuk artis-artis Malaysia yang baru muncul melalui Khazanah Arts Residency, serta pelbagai inisiatif seni, warisan dan ruang awam melalui yayasan kami, Yayasan Hasanah.
Bersama-sama kita menyokong pemuliharaan warisan seni dan budaya kita dalam Memajukan Malaysia di mata dunia.
Galeri Khazanah bertujuan menawarkan khalayak ramai, baik dalam kalangan rakyat tempatan mahupun luar negara, sekilas pandang warisan budaya kita melalui perspektif artis tempatan dan antarabangsa. Menerusi kedudukan unik kami sebagai wakil Malaysia dalam pasaran global, kami berharap galeri seni maya ini akan memberi impak dengan mengimarahkan warisan negara serta mengongsikan kisah masyarakat majmuk kita di persada dunia
Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir
Pengarah Urusan
Khazanah Nasional Berhad
Khazanah telah sekian lama mengumpulkan karya-karya budaya yang bernilai dan bermakna, yang terdiri daripada lakaran, lukisan, foto, arca, kraf dan objek bersejarah negara, dengan tujuan memelihara dan memulihara artifak-artifak berharga ini untuk tatapan generasi yang akan datang.
Galeri seni maya, Galeri Khazanah, dilancarkan pada Julai 2022 dengan pameran pertama bertajuk Sejenak Bersama: Kembara Seni Merentasi Koleksi Khazanah Nasional Berhad. Ini merupakan peluang bagi khalayak ramai untuk menjelajahi naratif seni Malaysia dalam koleksi Khazanah, sama ada melalui siri perkongsian oleh penggiat seni ataupun bengkel pendidikan seni yang direka khusus untuk kanak-kanak.
Usaha ini diteruskan sebagai sebahagian daripada sambutan 30 tahun Khazanah Memajukan Malaysia pada 2024. Pada tahun ini, Galeri Khazanah mempamerkan karya seni dalam pameran bertajuk Mengembara Melalui Seni, Imaginasi dan Warisan Malaysia di Think City, Bangunan UAB, Pulau Pinang dari Julai hingga Ogos 2024. Pameran ini mengukuhkan dedikasi kami untuk memupuk kreativiti, inovasi, dan pengayaan budaya dalam komuniti, sambil menanam semangat inspirasi dan harapan untuk masa depan.
Sehingga kini, Galeri Khazanah telah mengadakan lima edisi pameran maya, mempersembahkan lebih 230 karya oleh 78 artis Malaysia, yang semuanya boleh diakses secara global.
Dalam pameran kelima ini, kami bangga untuk membawakan 33 karya seni di bawah tema Menganyam Kesinambungan Warisan Kita. Misi kami adalah untuk berkongsi warisan budaya Malaysia melalui perspektif artis tempatan, membuka gerbang kepada pelbagai pengisahan dan pandangan negara.
Menerusi kedudukan unik kami sebagai wakil Malaysia dalam pasaran global, kami berharap galeri seni maya ini memberi kesan signifikan dalam perkongsian warisan budaya serta kisah masyarakat kita di persada dunia.
Harapan ini selaras dengan strategi jangka panjang kami untuk Memajukan Malaysia, dengan menghayati nilai patriotik melalui pemeliharaan sejarah, seni, budaya, dan warisan. Kami akan terus berusaha menggerakkan negara ke hadapan dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat.
Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk meluangkan masa menjelajahi koleksi seni Khazanah yang dihasilkan oleh penggiat seni berdedikasi, dipamerkan dalam ruang maya yang direka khas untuk anda.
Kami berharap anda menikmati pameran maya ini, seperti mana kami menikmati detik-detik penyediaannya untuk anda.
Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir
Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad