Terma dan Syarat

1. Am

Terma dan syarat ini, berserta Dasar Privasi kami (“Perjanjian” secara kolektif) menetapkan terma dan syarat am bagi penggunaan laman web Galeri Khazanah (“Laman Web”) oleh anda. Perjanjian ini terikat secara sah antara pengguna (“anda”) dan Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah” atau “kami”). Jika anda bersetuju dengan Perjanjian ini bagi pihak perniagaan atau entiti undang-undang lain yang anda wakili bahawa anda mempunyai kuasa untuk mengikat entiti tersebut kepada Perjanjian ini, dalam hal ini istilah “anda” akan merujuk kepada entiti tersebut. Jika anda tidak mempunyai kuasa sedemikian, atau jika anda tidak bersetuju dengan terma Perjanjian ini, anda tidak boleh bersetuju dengan Perjanjian ini dan tidak boleh mengakses serta menggunakan Laman Web ini. Jika anda berumur bawah 18 tahun, anda mesti menyemak Perjanjian ini dengan ibu bapa atau penjaga anda sebelum mengakses dan menggunakan Laman Web bagi memastikan bahawa anda dan ibu bapa atau penjaga anda memahami Perjanjian ini dan bersetuju dengannya. Jika anda merupakan ibu bapa atau penjaga yang sah, dan anda membenarkan anak anda menggunakan Laman Web, maka syarat ini terpakai kepada anda dan anda bertanggungjawab atas aktiviti anak anda dalam perkhidmatan tersebut.

2. Penerimaan Terma

Penggunaan Laman Web oleh anda adalah tertakluk kepada persetujuan Perjanjian. Dengan mengakses dan menggunakan Laman Web ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan terma Perjanjian ini. Anda mengakui bahawa Perjanjian ini merupakan kontrak antara anda dan Khazanah, walaupun ia berbentuk elektronik dan tidak ditandatangani secara fizikal oleh anda, dan ia mengawal anda bagi penggunaan Laman Web ini.

3. Hak Milik

Kandungan di Laman Web ini, termasuk, dan tidak terhad kepada, teks, karya seni, dokumen, grafik teknologi, gambar, bunyi, video, ciri interaktif, perkhidmatan dan sebarang hasil keluaran daripadanya (“Kandungan”, secara kolektif) serta semua tanda nama atau tanda perkhidmatan, grafik, logo dan tanda di Laman Web (“Tanda”) dimiliki oleh Khazanah, penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang digunakan oleh Khazanah bagi tujuan Laman Web ini, pihak ketiga yang kami peroleh karya seni daripadanya dan/atau artis yang berkaitan, jika berkenaan. Khazanah telah mengambil segala langkah untuk memastikan Kandungan tersebut bermoral, tidak memfitnah, menyinggung perasaan atau menyalahi undang-undang dan tidak melanggar mana-mana hak harta intelek, hak privasi dan/atau mana-mana hak pihak ketiga yang lain.

Karya seni di Laman Web ini dipamerkan bagi tujuan pendidikan yang tidak membawa keuntungan. Semua karya seni telah diambil untung, dibeli, dihadiahkan, digunakan dengan kebenaran atau diberi penghargaan kepada artis atau sumber asal. Sebarang penggunaan bahan hak cipta sedemikian di Laman Web ini dipercayai membentuk urus niaga yang adil bawah Akta Hak Cipta 1987.

Perjanjian ini tidak memindahkan kepada anda sebarang harta intelek yang dimiliki oleh Khazanah, penyedia perkhidmatan pihak ketiga, pihak ketiga yang kami peroleh karya seni daripadanya dan/ atau artis yang berkaitan, dan semua hak, gelaran, dan kepentingan dalam Kandungan dan Tanda, akan berada bawah Khazanah sepenuhnya, penyedia perkhidmatan pihak ketiga tersebut, pihak ketiga yang kami telah memperoleh karya seni daripadanya dan/ atau artis yang berkaitan, jika berkenaan. Tiada maklumat di laman web ini boleh ditafsirkan sebagai pemberian lesen pada Kandungan dan/ atau Tanda. Keizinan bertulis daripada Khazanah, penyedia perkhidmatan pihak ketiga, pihak ketiga yang kami telah peroleh karya seni daripadanya dan/ atau artis yang memegang hak tersebut adalah perlu untuk hal ini. Penggunaan Kandungan dan Tanda tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.

Anda mengakui bahawa semua Kandungan dan Tanda adalah sama ada memiliki hak cipta atau tanda nama sebagai karya kolektif bawah undang-undang dan perjanjian harta intelek yang berkenaan.

4. Sekatan Penggunaan

Menurut Perjanjian ini, anda bersetuju bahawa anda tidak akan:-

(a) menggunakan semua atau mana-mana bahagian Kandungan tanpa kebenaran bertulis atau persetujuan kami terlebih dahulu, termasuk untuk kegunaan komersial dan bukan persendirian;

(b) menggunakan dan membuat rujukan kepada Kandungan dan Tanda, yang merangkumi (i) nama artis dan tajuk karya seni yang dipamerkan; (ii) nama, logo, tanda nama atau harta intelek lain milik Khazanah; dan (iii) nama “Galeri Khazanah” atau “Luangkan Masa Bersama: Kembara Seni Merentasi Koleksi Khazanah Nasional Berhad” atau mana-mana terbitan yang serupa; dalam apa jua bahan tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu;

(c)menggunakan, mencipta karya terbitan, memindahkan (melalui jualan, jualan semula, lesen, sub-lesen, muat turun atau sebaliknya), menyalin, memuat naik, menyiarkan, menerbitkan, menyesuaikan, mengubah suai, membuat tangkapan skrin, mengeluarkan semula, mempamerkan, mendedahkan atau mengedarkan Kandungan dalam apa cara sekalipun, tanpa kebenaran bertulis atau persetujuan kami terlebih dahulu;

(d) menggunakan, melancarkan, menempatkan atau melaksanakan sebarang program peranti automatik, algoritma, metodologi atau sistem (termasuk dan tidak terhad kepada, “robot”, “spider”, bot, “indexer”, “crawler”, “harvester” atau sebaliknya) untuk mengakses, memperoleh, menyalin atau memantau mana-mana bahagian Kandungan;

(e) menghuraikan sebarang kandungan dalam Laman Web kami atau menyalin sebarang kod sumber atas tujuan meniru tema dan rupa Laman Web kami;

(f) memintas, melumpuhkan atau sebaliknya mengganggu mana-mana ciri Laman Web kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada, ciri berkaitan keselamatan, ciri yang menghalang atau menyekat penggunaan atau penyalinan mana-mana kandungan, atau ciri yang menguatkuasakan sekatan ke atas penggunaan Laman Web kami;

(g) menggunakan Laman Web untuk menjalankan aktiviti penipuan atau kegiatan haram;

(h) menggunakan Laman Web untuk mengumpul atau mendapatkan maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat berkenaan artis yang mana karya seninya dipamerkan di Laman Web;

(i) melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang akan menyekat atau menghalang pengguna lain daripada menggunakan Laman Web ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, melakukan sebarang tindakan yang akan mengganggu peranti atau rangkaian yang disambungkan ke Laman Web kami;

(j) mencari semula, menjejaki atau mencari untuk mengesan sebarang maklumat mana-mana pengguna lain atau pelawat Laman Web, kepada sumbernya, atau mengeksploitasi Laman Web atau sebarang perkhidmatan atau maklumat yang disediakan atau ditawarkan oleh atau melalui Laman Web, dalam sebarang cara yang mana tujuannya adalah untuk mendedahkan sebarang maklumat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengenalan atau maklumat peribadi, selain daripada maklumat anda sendiri, seperti yang diperuntukkan oleh Laman Web;

(k) untuk menggunakan mana-mana peranti, perisian atau rutin untuk mengganggu atau cuba mengganggu fungsi Laman Web atau sebarang transaksi yang dijalankan di Laman Web, atau dengan mana-mana orang lain yang menggunakan Laman Web; dan

(l) menggunakan kesemua atau sebahagian daripada Kandungan untuk, atau meminta mana-mana pihak ketiga untuk, mengingkari dan melanggar sebarang serta semua undang-undang dan peraturan terpakai yang berkuat kuasa untuk penggunaan Laman Web, termasuk tetapi tidak terhad kepada, mana-mana hak cipta dan undang-undang tanda nama.

5. Tiada Waranti

Semua maklumat yang diberikan di laman web ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Khazanah menafikan sebarang dan semua liabiliti bagi perbuatan, peninggalan dan kelakuan mana-mana pihak ketiga berkaitan atau yang melibatkan penggunaan Laman Web oleh anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk penggunaan Laman Web dan mana-mana laman yang dipaut. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan Laman Web ini atau mana-mana kandungan dalamnya, anda boleh mengatasinya dengan berhenti menggunakan Laman Web ini atau mana-mana kandungan sedemikian.

Khazanah tidak menyatakan bahawa Laman Web ini atau mana-mana Kandungan, perkhidmatan atau ciri Laman Web ini akan bebas ralat atau tidak terganggu, atau bahawa sebarang kecacatan akan diperbetulkan, atau bahawa penggunaan Laman Web ini oleh anda akan memberikan hasil yang khusus. Laman Web ini dan Kandungan disediakan atas dasar “seadanya” dan “sebagaimana tersedia” tanpa representasi atau waranti dalam apa jua bentuk, sama ada tersurat atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, waranti tersirat kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, ketepatan atau bukan pelanggaran. Kandungan, Tanda dan maklumat di Laman Web ini boleh diubah atau dikemas kini oleh Khazanah pada bila-bila masa dan tanpa notis terlebih dahulu.

6. Pelanggaran Terma dan Penamatan Perkhidmatan

Khazanah boleh mendedahkan sebarang maklumat yang kami ada mengenai anda (termasuk identiti anda) jika kami dapati bahawa pendedahan tersebut adalah perlu bagi sebarang penyiasatan berkaitan atau aduan mengenai penggunaan Laman Web oleh anda, atau untuk mengenal pasti, menghubungi atau mengambil tindakan undang-undang terhadap seseorang yang mungkin menyebabkan kecederaan atau gangguan terhadap (sama ada secara sengaja atau tidak sengaja) hak atau harta Khazanah, atau hak atau harta pelawat atau pengguna Laman Web. Khazanah berhak pada setiap masa untuk mendedahkan sebarang maklumat yang Khazanah anggap perlu untuk mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, proses undang-undang atau permintaan kerajaan. Khazanah juga boleh mendedahkan maklumat anda apabila Khazanah mendapati bahawa undang-undang yang terpakai memerlukan atau membenarkan pendedahan tersebut, termasuk bertukar maklumat dengan syarikat dan organisasi lain bagi tujuan perlindungan daripada penipuan. Khazanah juga berhak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana orang yang menuduh secara palsu atau mengaitkan Khazanah dengan pelanggaran pada setiap masa, kerana tuduhan/implikasi tersebut mungkin merupakan fitnah.

Atas budi bicara mutlaknya, Khazanah boleh mengubah suai, menggantung atau memberhentikan Laman Web, buat sementara waktu atau buat selama-lamanya, atau boleh mengubah suai atau menamatkan akses anda ke Laman Web atas sebarang sebab, dengan atau tanpa notis kepada anda dan tanpa liabiliti kepada anda atau mana-mana pihak ketiga.

7. Had liabiliti

Anda mengakui bahawa melalui penggunaan Laman Web ini, akses dan penggunaan adalah atas risiko anda sendiri. Khazanah, entiti berkaitannya, rakan kongsi Khazanah dan ahli gabungannya, pemegang saham, pengarah, pegawai, pekerja dan ejen (“Pihak Dikecualikan”) tidak bertanggungjawab, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang disebabkan oleh Laman Web, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, virus atau sebarang bentuk kerosakan atau ciri-ciri perosak lain yang boleh menjejaskan peralatan pengkomputeran, perisian, data atau harta yang lain oleh kerana akses dan penggunaan Laman Web atau muat turun apa-apa bahan, teks, imej, video atau audio daripada Laman Web atau mana-mana laman web yang dipautkan.

Pihak Yang Dikecualikan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa jenis kerosakan, termasuk tidak terhad kepada apa-apa kerosakan langsung, khas, sampingan, tidak langsung, contoh, punitif atau berbangkit, termasuk kehilangan keuntungan, sama ada dinasihatkan atau tidak tentang kemungkinan kerosakan tersebut, dan atas apa jua teori liabiliti, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan dan akses anda ke Laman Web.

Tanpa mengehadkan keluasan perkara di atas, fungsi tertentu Laman Web mungkin disediakan oleh pembekal perkhidmatan daripada pihak ketiga. Pihak Yang Dikecualikan tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kerosakan langsung atau tidak langsung yang timbul daripada penggunaan perkhidmatan pihak ketiga tersebut. Selain itu, Pihak Yang Dikecualikan tidak akan bertanggungjawab atas gangguan kepada ketersediaan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga dan penggunaan perkhidmatan umum dan platform pihak ketiga, sama ada ia dipaut ke Laman Web atau pun tidak.

Anda juga mengakui bahawa Pihak Yang Dikecualikan tidak bertanggungjawab ke atas kelakuan memfitnah, menyinggung atau menyalahi undang-undang pengguna Laman Web yang lain atau pihak ketiga dan risiko daripada perkara di atas terletak sepenuhnya pada anda.

8. Indemniti

Anda bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan memastikan Pihak Yang Dikecualikan tidak berbahaya daripada dan terhadap mana-mana dan semua tuntutan, kerosakan, kos dan perbelanjaan, termasuk yuran peguam yang berpatutan, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Laman Web oleh anda.

Walau apa pun ganti rugi yang anda berikan, Khazanah berhak untuk mengambil alih pembelaan dan kawalan eksklusif bagi apa-apa perkara yang tertakluk kepada ganti rugi oleh anda di bawah Perjanjian, dan dalam kes sedemikian, anda bersetuju untuk bekerjasama sepenuhnya sebagaimana yang diperlukan secara munasabah dengan pembelaan tersebut dan dalam menegaskan sebarang pembelaan yang ada.

9. Penyelesaian pertikaian

Perjanjian ini akan ditadbir oleh, dan ditafsirkan menurut, undang-undang Malaysia, dan pihak-pihak berkenaan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

10. Perubahan dan pindaan

Kami berhak untuk mengubah suai Perjanjian ini atau termanya yang berkaitan dengan Laman Web pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami, tanpa notis kepada anda. Versi Perjanjian yang dikemas kini akan berkuat kuasa serta-merta selepas penyiaran Perjanjian yang disemak, melainkan dinyatakan sebaliknya. Penggunaan Laman Web yang berterusan selepas tarikh kuat kuasa Perjanjian yang disemak akan membentuk persetujuan anda terhadap perubahan tersebut.

11. Pautan kepada sumber lain

Walaupun Laman Web akan membuat pautan kepada sumber lain (seperti laman web kepada perkhidmatan dan produk lain, dsb.), kami tidak, secara langsung atau tidak langsung, membayangkan sebarang kelulusan, perkaitan, penajaan, pengesahan, atau gabungan dengan mana-mana sumber yang dipaut, melainkan dinyatakan secara khusus di sini. Khazanah tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai, dan kami tidak menjamin tawaran, mana-mana perniagaan atau individu atau kandungan sumber mereka. Khazanah tidak memikul sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk tindakan, produk, perkhidmatan dan kandungan mana-mana pihak ketiga yang lain. Anda hendaklah menyemak dengan teliti kenyataan undang-undang dan syarat penggunaan lain mana-mana sumber yang anda akses melalui pautan di Laman Web. Pautan anda kepada mana-mana sumber laman web yang lain adalah atas risiko anda sendiri.

12. Pelbagai

Jika mana-mana bahagian peruntukan Perjanjian adalah tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang yang terpakai, bahagian tersebut akan menjadi tidak boleh diguna pakai hanya setakat ketidaksahihan atau tidak boleh dikuatkuasakan, tanpa dalam apa-apa cara menjejaskan Perjanjian yang selebihnya.

Tiada kegagalan atau kelewatan oleh Khazanah dalam melaksanakan sepenuhnya apa-apa hak, kuasa atau keistimewaan yang akan menjadi pelepasan melainkan dinyatakan secara jelas oleh Khazanah secara bertulis, dan jika Khazanah memberikan pelepasan pada satu-satu masa, Khazanah berhak untuk menguatkuasakan sepenuhnya hak, kuasa dan keistimewaannya pada masa hadapan.

Tiada terma dalam Perjanjian boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana orang atau entiti yang bukan merupakan pihak kepada Perjanjian.

13. Hubungi kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan atau aduan mengenai Perjanjian ini, anda boleh menghubungi kami seperti butiran di bawah:

Emel: [email protected]

14. Bahasa Lazim

Versi bahasa Inggeris Perjanjian adalah rujukan muktamad dalam semua aspek dan akan diguna pakai sekiranya terdapat sebarang percanggahan dengan versi terjemahan, jika ada.