Kolaborator

Ar. Lam Shen Fei

(Arkitek Reka Letak Maya)

Arkitek Pemenang Anugerah, Ar.Shen mewakili FEI ARCHITECT PLT, telah menyempurnakan projek-projek berskala kecil dan besar seperti Sekolah, Perumahan, Pangsapuri, Warisan, Hotel, bangunan komersial dan rumah kediaman. Anugerah termasuk Rethinking the Future, Top 45 Architects in Petaling Jaya 2021, Fun Empire Best Architecture Firms in Malaysia 2021, British Council Professional Award 2020 finalist, and Khazanah Design Residency Award 2019.

Ar.Shen berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 7 tahun. Beliau pernah bersyarah di Universiti Putra Malaysia, Taylor’s Universiti, dan Universiti Tunku Abdul Rahman. Selain daripada itu, Beliau juga berkongsi pengalaman mengenai topik Senibina di platform seperti BFM, Cityplus FM, The Edge, Nanyang, Sinchew, dan acara awam bagi Forum Alumni Komanwel British Council, Forum Future Forward Rehda Youth dan ceramah PAM CPD.

Beliau bersama-sama dengan pasukan dan rakan sekerja di Fei Architect PLT meneroka serta melangkaui sempadan keperluan reka bentuk untuk mencipta ruang yang bermakna dan menemukakan penyelesaian seni bina reka bentuk bagi masa kini dan depan.