(b. Kelantan, 1938 – 2015)
Bakat luar biasa Ismail Mat Hussin dalam menggambarkan kehidupan seharian penduduk di Pantai Timur Malaysia melalui medium batik telah mendapat perhatian peminat seni. Beliau mengadakan pameran solo pertama dan satu-satunya bertajuk Canting di Galeri Seni Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2012. Minatnya terhadap seni tercetus semasa menghadiri kelas lukisan seni mingguan di bawah Nik Mahmood Idris di Sekolah Melayu Padang Garong di Kota Bharu, Kelantan dari 1954 hingga 1955. Beliau dikenali sebagai anak didik Khalil Ibrahim pada tahun-tahun awal kerjayanya sebagai seorang artis. Beliau menjadi artis sepenuh masa pada tahun 1968 sehingga mula bekerja sebagai pereka grafik dengan Syarikat Percetakan Dian di Kota Bharu, Kelantan dari 1979 hingga 1991. Seorang pemuzik yang berbakat, beliau merupakan pemain biola Gred V, yang membolehkan beliau bekerja sebagai pemuzik sambilan dengan Radio-Televisyen Malaysia di Kota Bharu, Kelantan dari 1965 hingga 1967. Beliau pernah menjadi ahli Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) Kelantan dan Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI).