Yeong Seak Ling

(b. Perak, 1948)

Diiktiraf sebagai artis senior yang mahir dalam teknik cat air, Yeong Seak Ling ataupun nama sebenar Yeong Chee Chong merupakan seorang seniman yang telah membentuk jaringan luas dalam persada seni Malaysia melalui persatuan seni yang ditubuhkannya seperti Utara Art Group pada tahun 1977, Art Group Penang pada tahun 2003, dan Art Group International pada tahun 2008. Beliau adalah ahli pengasas Persatuan Cat Air Pulau Pinang pada tahun 1982. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Galeri Art Point di Pulau Pinang. Beliau pertama kali mencipta kejayaan apabila memenangi hadiah ketiga (cat air) di Salon Malaysia pada tahun 1966 dan memenangi Pameran Cat Air Landskap Malaysia pada tahun 1982 dan 1983.

Kerjaya seninya bermula sejak tahun 1990 dengan penggambaran bangunan warisan Pulau Pinang. Pameran solo pertamanya telah diadakan di Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang pada tahun 1972. Yeong telah menyertai pelbagai pertunjukan kumpulan antarabangsa iaitu di Taiwan, Thailand, Singapura, China, Denmark, Jepun, dan Argentina.

Lihat di Galeri Maya