Syed Bakar Syed Salim

(b. Perak, 1936)

Syed Bakar Syed Salim mula melukis dengan bersungguh-sungguh di zaman remaja dan kemudian mengajar seni selama lebih 40 tahun termasuk di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Selain mengajar dan melukis, Syed Bakar juga seorang yang gemar membuat mainan.

Beliau merupakan artis residen Universiti Sains Malaysia (USM) dan telah menampilkan lebih 50 mainan buatan tangan dalam pameran yang dinamakan Play Any Way di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah pada tahun 2011. Pameran tersebut mempamerkan mainan seperti rumah permainan, rumah burung, boneka, layang-layang, gasing dan mainan kontemporari.

Lihat di Galeri Maya