Sabri Idrus

(b. Kedah, 1971)

Dilahirkan di Kedah pada tahun 1971, Sabri Idrus menuntut di Institut Teknologi MARA di Selangor antara tahun 1995 dan 1997. Pada tahun 2017, beliau memperoleh Sarjana dalam Seni Halus dalam Amalan Kreatif daripada Transart Institute, University of Plymouth, United Kingdom. Beliau kini menetap dan bekerja di Simpang Ampat, Kedah. Sabri Idrus merupakan seorang artis yang bereksperimental dalam pengkaryaan seninya yang memfokuskan pada penggabungan lukisan, reka bentuk grafik dan bahan industri dalam usahanya untuk mencipta semula simbol baru dalam seni rupa. Pada tahun 2020, beliau memenangi UOB Painting of the Year Award (Malaysia) untuk karya seninya bertajuk Silent Fortress – sebuah lukisan kontemplatif dengan kualiti sentuhannya mencerminkan tema “Perpaduan” melalui tafsirannya untuk merapatkan jurang antara dunia sebenar dan dunia ideal yang dibayangkan oleh beliau. Beliau telah mengadakan beberapa pameran solo sejak tahun 1999 dengan pameran terakhirnya bertajuk Power: Now and There di Gajah Gallery di Singapura pada tahun 2018. Lukisan beliau berada dalam koleksi peribadi dan awam individu dan institusi tempatan dan antarabangsa.

Lihat di Galeri Maya