Rozana Mohamed

Rozana Mohamed merupakan seorang artis dan usahawan batik lulusan Institut Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Beliau percaya bahawa lukisan batik bukan sahaja sebagai hiasan, tetapi juga mencerminkan keperibadian artis, semangatnya, dan perasaannya. Beliau lebih suka meneroka tema sepenuhnya sebelum menterjemah ideanya ke dalam reka bentuk fabrik. Kini beliau mengendalikan bengkel batik untuk oramg ramai seperti keluarga, pelancong dan peminat seni dari kedai/ galerinya, Rozana’s Batik di Georgetown, Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan Hasnul Jamal Saidon, seorang profesor madya seni media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Lihat di Galeri Maya