Long Thien Shih

(b. Selangor, 1946)

Long Thien Shih adalah seorang artis senior Malaysia yang terkenal dengan peranannya dalam pembangunan seni cetak moden di Malaysia. Beliau belajar di Atelier 17 dan Ecole Nationale Superieure des Beaux-Arts, Paris pada tahun 1966 di bawah biasiswa kerajaan Perancis, sebelum berpindah ke London untuk melanjutkan pelajaran di Royal College of Art. Beliau telah memenangi anugerah seperti hadiah pertama dalam Pertandingan Seniman Muda Malaya 1961 di Kuala Lumpur dan hadiah kategori cetakan 1992 di Salon Malaysia. Long Thien Shih terkenal dalam kalangan artis kontemporari generasi awal melalui subjek dan temanya yang terdiri daripada erotisme, keprihatinan alam sekitar, sindiran serta pemerhatian yang teliti terhadap budaya dan politik tempatan dan antarabangsa.

Lihat di Galeri Maya