Dullah

(b. Indonesia, 1919 – d. 1996)

Dilahirkan di Surakarta (Solo) di Jawa tengah, Dullah dikenali sebagai salah seorang pelukis Indonesia yang disegani dengan lukisan potret dan landskapnya secara naturalisme. Beliau belajar melukis daripada Affandi dan Sudjojono dan diiktiraf sebagai pendidik dan penyokong Revolusi Indonesia. Pada akhir 1940-an, beliau mula mendokumentasikan Revolusi Indonesia dan menggambarkan perjuangan para revolusioner melalui lukisannya. Pada tahun 1950-an, Dullah dilantik sebagai pelukis istana rasmi untuk Presiden Sukarno dan beliau juga menjadi kurator pertama koleksi seni Sukarno dan menyelaras penerbitan edisi pertama katalog koleksi tersebut pada tahun 1956.

Lihat di Galeri Maya