Dato’ Mahsun Haji Taib

Dato’ Mahsun Haji Taib adalah bekas timbalan setiausaha kerajaan negeri Perak yang menjadi pelukis sepenuh masa. Beliau pernah menyertai beberapa pameran berkumpulan di RA Fine Arts, Kuala Lumpur seperti From Kuala Kangsar…..An Exhibition yang memaparkan sisi kreatif mereka yang telah melalui lorong MCKK (2007) dan Take 5 : The Rest is (His)tory (2009). Pada tahun 2012, beliau menyertai KUL SIGN Fest – festival grafiti yang mengumpulkan 200 artis grafiti tempatan dan antarabangsa di tebing Sungai Klang – dan beliau mengambil tujuh jam untuk menyiapkan mural abstraknya bertajuk The Joy of Living, Learning, Working, Playing and Connecting.

Lihat di Galeri Maya