Ahmad Zakii Anwar

(b. 1955, Johor Bahru)

Ahmad Zakii Anwar ialah lulusan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARA dalam bidang reka bentuk grafik pada tahun 1977. Kemahiran melukis beilau dipuji kerana lukisan potret dan figuratifnya, ‘still-life’ buah-buahan dan sayur-sayuran yang dalam gubahan yang merangsangkan dan peralatan dapur domestik serta binatang buas dan budaya eksotik Bali dan ikonografi Buddha dalam pelbagai medium. Karya beliau juga telah berkembang kepada ilustrasi cat air. Kerjaya seninya telah bermula sejak tahun 1990-an selepas meninggalkan industri pengiklanan untuk menjadi artis sepenuh masa. Beliau mengadakan pameran solo pertamanya pada tahun 1997 di Valentine Willie Fine Art di Kuala Lumpur yang kini tidak lagi beroperasi.

Lihat di Galeri Maya