Wong Perng Fey

(b. 1974, Kuala Lumpur)

Wong Perng Fey adalah seorang pelukis abstrak serba boleh yang pendekatan eksperimentalnya meluas ke dalam lukisan figura dan landskap yang menonjolkan kualiti ‘gestural’ melalui penggunaan warna, lapisan dan tekstur. Wong menamatkan pengajiannya di Malaysian Institute of Art, Kuala Lumpur pada tahun 1998. Beliau telah mengadakan 17 pameran solo sejak tahun 2000 iaitu The (un)-related Sceneries di Richard Koh Fine Art, Singapore (2019); The Light is Almost Sweet, Contemporary by Angela Li, Hong Kong, China (2015); Equilibrium, Richard Koh Fine Art, Kuala Lumpur dan Art Seasons, Beijing, China (2014); Still View, Valentine Willie Fine Art, Kuala Lumpur (2005); dan First Solo, Valentine Willie Fine Art, Kuala Lumpur (2000); dan banyak lagi. Pada tahun 2002, beliau menyertai program residensi seni di Rimbun Dahan di Kuang, Selangor.

Kredit Foto: Richard Koh Fine Art dan Wong Perng Fey

Lihat di Galeri Maya