Haffendi Anuar

(b. 1985, Negeri Sembilan)

Haffendi Anuar adalah seorang artis kontemporari Malaysia yang kini berkarya sepenuh masa di London, United Kingdom. Seorang artis pelbagai disiplin, Haffendi meneroka subjeknya yang berkisar tentang pengalaman peribadinya seperti persekitarannya, kenangan zaman kanak-kanak, konotasi identiti dan budaya yang diungkapkan melalui pelbagai bahan dan teknik standard mahupun tidak konvensional daripada lukisan minyak di atas kanvas; arca yang diperbuat daripada pinggan mangkuk Melamin, simen, pasir, puttyfilla, cat semburan, cat enamel dan varnis; kepada karya instalasinya yang baru-baru ini terdiri daripada kain pelikat, pita hemming, lubang mata, zinc washers, kanvas yang dicelup, minyak, akrilik, cat semburan, benang, kayu dan skru; serta banyak lagi. Beliau telah menyertai beberapa pameran kumpulan antarabangsa seperti Notes from the Motherland di Aicon Contemporary di New York (2021); A Life Beyond Boundaries (The Geography of Belonging), dikurasi oleh Loredana Pazzini-Paracciani di JWD Art Space, Bangkok (2021); A Good Line, A Good Line di A.I. Galeri, London (2021); SH/FT, No Show Space, London (2021); S.E.A Focus 2020, Singapura (2020); Empty Vase, dikurasi oleh Lingzhi Zhuang di Gallery Vacancy, Shanghai (2019); dan banyak lagi. Beliau memperoleh MFA dari Ruskin School of Art, Universiti Oxford, UK pada tahun 2020; BA Honours dari Central Saint Martins College of Art and Design di London (2013); dan BFA (Diploma) dari Rhode Island School of Design, Providence di AS (2007). Haffendi Anuar adalah penerima Khazanah Art Residency Programme pada tahun 2018.

Lihat di Galeri Maya