Fauzul Yusri

(b. 1974, Kedah)

Fauzul Yusri merupakan seorang artis kontemporari yang terkenal dengan gaya sofistikated tersendiri seperti penandaan naif melalui lukisan abstraknya. Beliau memperoleh ijazah dalam bidang seni halus dalam pengkhususan lukisan dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam pada tahun 1999. Sejak tamat pengajian, beliau aktif menyertai pameran berkumpulan tempatan dan antarabangsa seperti di Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Hong Kong, Korea Selatan, Republik Czech dan United Kingdom. Beliau telah mengadakan beberapa pameran solo iaitu Konkrit (2021); Tona (2020); Whiteground (2017); Coreng (2013); Guris (2011); Raw (2009); Ground (2007); dan Neolithic (2006) di Taksu di Kuala Lumpur.

Lihat di Galeri Maya