Datuk Syed Ahmad Jamal

(b. Johor, 1929 – d. Kuala Lumpur, 2011)

Digelar sebagai “Bapa Seni Moden Malaysia”, Datuk Syed Ahmad Jamal telah dikurniakan gelaran Sasterawan Negara kedua pada tahun 1995 atas sumbangannya yang tidak ternilai kepada pembangunan seni dan budaya. Semasa hayatnya, beliau memegang beberapa peranan. Beliau adalah seorang artis, penulis, ketua persatuan dan pentadbir. Beliau mengetuai Wednesday Art Group dan Majlis Seni Malaysia pada awal 1960-an. Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan di Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 dan pensyarah di Maktab Perguruan Malaya, Kirkby, England dari tahun 1958 hingga 1959. Beliau memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari tahun 1983 hingga 1991. Beliau telah diberi kepercayaan dan penghormatan untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Penasihat dan Pengerusi pertubuhan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan bidang seni visual. Sebagai budayawan yang mempunyai pandangan dan falsafah kesenian halus Melayu, beliau menyampaikan buah fikirannya melalui buku berjudul Rupa dan Jiwa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka semasa menjadi penulis dan penyelidik jemputan antara 1991 dan 1992. Arca awamnya Puncak Purnama yang telah dikomisenkan oleh United Malayan Banking Corporation Finance (UMBC) dan dibina di perkarangan Bangunan UMBC di Jalan Sulaiman di Kuala Lumpur pada 1986, telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 2016.

Lihat di Galeri Maya