Dato’ Chuah Thean Teng

(b. China, 1914 - d. Penang 2008)

Dato’ Chuah Thean Teng diiktiraf sebagai “Master of Batik” oleh Frank Sullivan, yang menulis dalam sebuah esei bertajuk Teng, Master of Batik yang diterbitkan pada 24 September 1963: “Evolusi lukisan batik tidak datang dengan mudah kepada Teng tetapi ia adalah hasil semula jadi daripada kehidupan beliau yang mengembara. Beliau datang ke Tanah Melayu 27 tahun lalu dari Amoy. Beliau telah bekerja dalam pelbagai jenis pekerjaan seperti penjaja gerai, mengilang kertas, menanam ubi kayu, penjaga kedai, tukang roti, pembuat payung, tukang masak, peniaga import dan eksport, pereka kain, pembuat sarong, dan kini menjadi guru sekolah. Sepanjang tahun-tahun penyesuaian hidupnya ini, beliau sentiasa seorang yang berjiwa seni.” Teng mengadakan pameran solo pertamanya yang dianjurkan oleh Majlis Kesenian Pulau Pinang di Perpustakaan Pulau Pinang pada tahun 1955 dengan bantuan Datin Patricia Lim Pui Huen, Presiden, Persatuan Perpustakaan Singapura (1968 – 1969). Lukisan batiknya merangkum jiwa Tanah Melayu: ilustrasi kehidupan kampung yang indah, wanita dan kanak-kanak Melayu, serta petani dan haiwan. Legasinya terus dikekalkan menerusi anak-anak lelakinya: Chuah Siew Teng, Chuah Seow Keng dan Chuah Siew Kek yang juga artis-artis batik yang bermastautin di Pulau Pinang.

Lihat di Galeri Maya