Anurendra Jegadeva

(b. Johor, 1965)

Dianggap sebagai salah seorang artis kontemporari terkemuka Malaysia, Anurendra Jegadeva menghasilkan karya bertemakan provokatif dan sosio-politik yang meneroka konteks sejarah dan semasa sebagai reaksi kepada pengalaman peribadinya. Beliau terkenal sebagai artis naratif yang menceritakan pemerhatiannya setelah menetap di Malaysia dan Australia. Kelayakan akademiknya termasuk Sarjana Seni Halus dari Monash University di Melbourne, Australia (2002), Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari London University, London, U.K (1993) dan Asasi dalam Seni dan Reka Bentuk dari Oxford Polytechnic, Oxford, U.K (1986). Beliau merupakan salah seorang daripada empat artis Malaysia di bawah Wei-Ling Gallery yang mewakili Malaysia di Pavilion Negara yang pertama di Pameran Seni Antarabangsa ke-58 – La Biennale di Venezia di Venice, Itali pada tahun 2019.

Lihat di Galeri Maya