Kolaborator

Yayasan Hasanah

Yayasan Hasanah (“Hasanah”) merupakan sebuah yayasan berasaskan impak milik Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”), sebuah dana kekayaan berdaulat Malaysia. Sebagai sebuah yayasan yang menawarkan geran, Hasanah mengambil pendekatan yang menyeluruh, melampaui bantuan kewangan bagi mewujudkan transformasi dalam ekosistem serta menggalakkan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, menyuntik semangat advokasi serta membina keupayaan dalam lima bidang tumpuan utama: Pendidikan; Pembangunan Komuniti; Alam Sekitar; Seni dan Ruang Awam; dan Ilmu Pengetahuan. Bawah bidang Seni & Ruang Awam khususnya, Hasanah menyasarkan untuk memelihara dan meraikan seni, warisan dan budaya Malaysia yang terpelihara dan yang terpulihara, bagi memastikan kelangsungan warisan kita pada generasi akan datang. Secara kolektif dan kolaboratif, Hasanah berharap untuk membantu membentuk perubahan sosial bagi seluruh rakyat Malaysia, ke arah sebuah negara yang lebih baik.

Yayasan Hasanah merupakan penyumbang bersama Galeri Khazanah.